Menu
Perbezaan_jantina_dan_gender Konsep GenderGender merujuk kepada peranan, tingkah laku, sifat dan aktiviti-aktiviti yang dibentuk secara sosial. Konsep ini lebih berkait-rapat dengan ekspektasi yang terbentuk daripada masyarakat dalam memenuhi peranan-peranan bagi seseorang lelaki ataupun perempuan. Keutamaan dalam gender adalah persepsi masyarakat yang membentuk peranan, sifat, tingkah-laku dan aktiviti-aktiviti yang dilihat "sesuai" bagi lelaki dan wanita. Oleh itu, budaya masyarakat sekitar memainkan peranan yang besar dalam menentukan "gender roles" bagi lelaki ataupun wanita[2].
Oakley (1972), mendefinisikan gender sebagai perbedaan atau jenis kelamin yang bukan biologis dan bukan kudrat Tuhan. Caplan (1987) mentafsirkan bahawa gender merupakan perbedaan perilaku antara lelaki dan perempuan yang tidak dikaitkan dengan struktur biologi, tetapi terbentuk akibat proses budaya dan sosial .
Sifat merupakan salah satu contoh yang ketara dalam konsep gender, seperti:
Keadaan ini membawa kepada stereotaip terhadap sifat ataupun ciri-ciri yang patut ada terhadap seseorang individu mengikut jantina [4]. Namun, sifat-sifat ini juga tidak bersifat tetap kerana perbezaan didikan dan personaliti. Oleh itu, terdapat juga lelaki yang bersifat feminin dan terdapat juga wanita yang bersifat maskulin. Namun, keadaan tersebut membawa kepada diskriminasi bagi individu-individu yang tidak memenuhi ekspektasi masyarakat terhadap gender roles.
Menu
Perbezaan_jantina_dan_gender Konsep GenderBerkaitan
Perbendaharaan kata Perbezaan antara bahasa Melayu Baku dan bahasa Indonesia Perbezaan jantina dan gender Perbezaan ejaan bahasa Inggeris Amerika dan British Perbezaan sebutan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia Perbendaharaan Malaysia Perbezaan bahasa Inggeris British dan bahasa Inggeris Amerika Perbezaan (falsafah) Perbenaran Perbendaharaan kata SinggerisRujukan
WikiPedia: Perbezaan_jantina_dan_gender https://iai.tv/articles/the-sex-gender-debate-bina... http://modulace.lppkn.gov.my/gender-dan-jantina.ht... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC62155... https://www.ohchr.org/en/women/gender-stereotyping https://plato.stanford.edu/archives/fall2023/entri... https://legalresearch.blogs.bris.ac.uk/2018/12/sex...